PIALA KRS PREMIER
JLJ DIRAJA JUARA PLATE.
JLJ DiRaja yang berkunjung ke RSC Bukit Kiara pada petang hari Selasa 22hb April 2008, untuk menamatkan siri perlawanan mereka dalam kejohanan liga KRS 2008 ini, menghadapi saingan sengit dari RSC Dog yang begitu bersemangat untuk membuktikan mereka masih lagi berwibawa walaupun pemain warga asing mereka sering bertukar ganti. Terikat dengan kedudukan 5-5 di separuh masa pertama selepas ke dua-duanya berjaya melakukan try tanpa conversion, Dog terus mengasak JLJ di separuh masa kedua, namun banyak percubaan mereka gagal disudahkan, sebaliknya, JLJ yang sekali sekala membuat serangan balas berjaya menghasilkan drop goal melalui Victor Galikin untuk mendahului dengan 8-5. Permainan yang semakin panas walaupun hujan renyai mulai turun, menyaksikan, Dog berjaya mengikat semula kedudukan ke 8-8 melalui sepakan penalti sebelum wisel penuh masa permainan dibunyikan oleh Yazid Bakar.
Permainan yang disambung semula dengan waktu tambahan selama 10 minit secara suddent death, menyaksikan pemain JLJ meloloskan diri dari barisan pertahnan Dog untuk melakukan try kemenangan.
JLJ merangkul Piala Plate KRS Premier 2008 dengan kemenagan 13-08.
PIALA KRS DIVISION 1
STINGS RANGKUL JUARA BERGANDA KRS DIVISION 1.
Cobra Stings yang turun ke padang TUDM Subang dengan azam untuk merangkul Piala ke 2 mereka musim ini sekali gus menebus kekecewaan pasukan senior mereka yang telah dijinakkan oleh ASAS minggu lalu, dikejutkan dengan permainan pantas dan mantap BiB Rama II di separuh masa pertama. Mendahului dengan sepakan penalti dan diikuti dengan try dan conversion, BiB mendahului dengan kedudukan 10-0, Tetapi pengalaman pemain bahagian forward Stings yang mengawal semula permainan selepas itu membuatkan BiB mula tertekan dan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan oleh Ali Tahar, Stings melalui pemain scrumhalfnya Md Zaki berjaya mendapat 1 try dan dengan conversion yang berjaya disempurnakan BiB hanya mendahului dengan 10-07 sebelum rehat.
Separuh masa ke dua, Stings lebih banyak mengawal permain terutamanya selepas pemain berpengalaman Raymond Soh, Tan Thiam Jin dan Mohd Affendy Jalil dimasukkan untuk menguatkan barisan serangan mereka. Hasil dari gerakan yang tersusun, Md Zaki sekali lagi meloloskan diri untuk melakukan try di minit ke 62 dan seterusnya diikuti try diminit ke 75 dan ke 80 untuk mengukuhkan kedudukan mereka. BiB yang gagal mengawal bola di separuh masa ke dua walaupun sekali sekala mendapat peluang untuk membuat serangan balas terpaksa akur dengan kemantapan barisan Stings yang lebih baik dari mereka. Keputusan muktamat Stings 24, BiB Rama II, 10.
Sementara itu pada petang Sabtu dipadang Utara, Petaling Jaya, MOR berjaya merangkul Piala Bowl Division 1 selepas menewakkan MAS Cougars dengan keputusan 34-08. Walaupun ketinggalan dengan kedudukan 5-8 di separuh masa pertama, MOR menggunakan pengalaman bahagian forwardnya dan kepantasan bahagian backs mereka untuk mengasak kubu Cougars yang semakin layu di separuh masa ke dua. Berhasil melakukan 5 try mudah beserta 2 conversion yang berjaya disempurnakan, MOR melonjak gembira apabila wisel penamat dibunyikan oleh Ali Tahar.
Dan bagi Kategori Plate, STORMS yang kecewa dengan kekalahan tipis mereka minggu lalu kepada Stings turun ke padang Utara dengan semangat tinggi untuk memastikan kemenangan di pihak mereka apabila menentang ExAngels yang hadir tanpa beberapa pemain utama mereka. Permainan yang pada mulanya banyak berkisar di tengah padang dikejutkan dengan 3 try pantas Storms diminit ke 17. 19 dan 21 untuk mendahului dengan kedudukan 19-00. Gerakan balas Ex-Angels sebelum wisel rehat dibunyikan oleh Kapt Azizan ExAngels berhasil mekukan 1 try tanpa conversion.
Separuh masa ke dua, permainan tidak banyak berubah, walaupun ExAngels cuba mengawal permainan dan berhasil melakukan 2 lagi try, Storms juga tidak mudah mengalah untuk menambah 2 lagi try bagi mengukuhkan kedudukan sehiggalah wisel penamat dibunyikan dengan keputusan muktamat Storms 29, Ex-Angels 17.
PIALA KRS Division 2
X-LIONS GAH UNGGULI DIVISION 2.
X-LIONS yang kembali semula ke kancah liga KRS pada tahun ini selepas beberapa tahun menyepi diri, membuktikan bahawa mereka masih lagi berwibawa dan berpotensi untuk duduk sama taraf dengan pasukan Liga Premier di masa akan datang. Bagaimana pun, sebelum mereka berjaya merangkul Piala ke dua pada musim ini, mereka diberi tentangan sengit oleh MBSA yang juga telah menunjukkan banyak peningkatan semenjak penglibatan mereka dalam liga KRS 4 tahun lalu.Bermain dalam cuaca yang agak panas di padang TUDM Subang, petang semalam, MBSA terlebih bertindak garang untuk membuat serangan ke kubu X-Lions tetapi kecekapan Mohd Syakir Ali memberikan kelebihan kepada X-Lions apabila beliau berjaya membuat try tunggal di separuh masa pertama.
Separuh masa ke dua, MBSA merapatkan jurang di minit ke 41 melalui sepakan penalti selepas asakan bertali arus ke kubu X-Lions tetapi gerakan mereka selepas itu serba tidak menjadi. Sebaliknya X-Lions pula mengawal permainan dan gerakan menarik XLions di minit ke 67 menyaksikan Mohd Nizam meloloskan diri untuk melakukan try di bawah tiang gol dan memudahkan sepakan conversion dilakukan untuk menambah mata. Kebangkitan MBSA selepas itu, walaupun disudahi dengan try di minit ke 35, ianya tidak dapat mengejar mata yang diperolehi X-Lions kerana Yazid Bakar meniup wisel penamatnya dengan keputusan X-Lions 12, MBSA 8.
Sementara di padang Utara, Petaling Jaya, perlawanan bagi ketegori Shield dan Bowl dijalankan yang menyaksikan OPA menewaskan D'Montel dengan kemenangan tipis 7-5 dan STJOB Warriors menewaskan Petronas juga dengan kemenangan tipis 10-05. Walaupun mendahului dengan 1 try di separuh masa pertama sepelas berhasil mekukan try dary driving maul di sebelah kanan padang, Petronas terpaksa akur dengan kebangkitan Warriors di separuh masa ke dua selepas kubu mereka di bolosi sebanyak 2 kali untuk berpuas hati dengan keputusan mukatamat selepas wisel dibunyikan.
Welcome To Our Website
What started as a past time has now become a reality. Taman Ehsan Old Boys Rugby Affiliates (TEORA) was formed in 2004 by ambitious and passionate young rugby players from Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.
With high efforts and the assistance from a corporate organization, this rugby club is now under the wings of Selangor Rugby Union (SRU) (an affiliates of the Malaysia Rugby Union) since 2005. We had prepared ourselves in giving the best to face all obstacles to support the 'Passion For Gentlemen' game development in Malaysia.
We thank you for your support.
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment